Sambutan
raya di kampung
Sehari sebelum raya, aku pulang ke kampung bersama keluargaku. Kami
menaiki kereta besar warnanya merah menuju ke kampung kami yang terletak di
Perlis. Dalam perjalanan, kami menyaksikan pemandangan yang indah. Kami tiba di
kampung pada jam Sembilan malam. Datuk dan nenek menyambut kami dengan wajah
yang gembira. Setelah berehat, kami bekerjasama membantu nenek menyediakan
makanan dan minuman untuk raya esok. Aku menolong ibuku menyusun perabot rumah,
menggantung langsir dan menggubah bunga di dalam pasu. manakala adikku menolong
ayah membakar lemang. Sesudah menunaikan solat subuh, kami memakai baju baru
yang berwarna-warni cantik. Kami bersarapan bersama-sama di dapur. Kemudian
kami berkumpul di ruang tamu dan bersalam-salaman. Aku meminta kemaafan dari
ibu bapaku dan mengucapkan raya kepada mereka. Kami pergi ke masjid
bersama-sama untuk solat raya berjemaah. Selepas solat raya, kami menziarahi
pusara bapa saudara. Aku bersama adikku bersegera menziarahi rumah saudara
mara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Kami sangat gembira selepas memperolehi
duit raya. Di petang raya, aku membantu keluargaku untuk persediaan rumah
terbuka. Kami menyediakan pelbagai makanan dan minuman seperti lemang, ketupat,
rendang, satay dan sebagainya. Kami gembira dan seronok menyambut raya di
kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan