KEM INTENSIF BAHASA AL QURAN 2013

              Pada 12 - 14 April 2013 Panitia Bahasa Arab SBPIS kembali menganjurkan Kem Intensif  Bahasa Al Quran (KEMBAQ). Seramai 200 pelajar terdiri daripada 86 orang pelajar Tingkatan 3, 92 orang pelajar Tingkatan 2 dan 22 orang pelajar   tingkatan 1.



      Pendekatan yang digunapakai adalah yang praktikal ke arah menambah baik kualiti Bahasa Arab di kalangan pelajar antaranya:
 1. Mempelajari Bahasa Arab tanpa memberi penekanan kepada gaya bahasa
 2. Permainan bahasa yanng mampu dan mudah dilaksanakan oleh peserta
 3. Memilih kalimah mudah yang disediakan pada peserta dan diguna pakai saban hari bersama rakan taulan. 4. Bilangan fasilitator yang mencukupi dan mampu melayan setiap peserta dalam LDK mahupun sesi persendirian
5. Mahabbah dan kasih sayang di antara peserta dan guru serta fasilitator.


                                                      
 


Pengisian program:

 1. Motivasi / kerohanian
2. Ujian tahap
 3. Kemahiran penulisan
4. Latih tubi bina ayat
5. Tatabahasa
6. Riadah al arabiah
7. Bengkel
8. Ujian pengukuhan
 9. Penilaian kursus




                                                             

PASUKAN KALAM JAMAIE SBPIS NAIB JOHAN LAGI

Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-sekolah Menengah sempena Karnival Pendidikan Melaka 2013 telah dilangsungkan pada 5 April 2013 (Jumaat) di Dewan Utama, MITC. Terdapat 9 buah sekolah yang bertanding. Alhamdulillah, pasukan SBPIS mengekalkan kemenangannya dengan memperolehi tempat Naib Johan setelah memperembahkan kalam jamaie mereka dengan tajuk Keluarga Bahagia. Tahniah dan teruskan usaha lagi


 
   

   

Kaedah Belajar Bahasa Arab

tasybih

Koleksi Soalan Trial BA PMR 2010