Program Pengukuhan Bahasa Arab PMR siri 2


            7 Mac 2011, Isnin, Panitia Bahasa Arab SBPI Selandar meneruskan Program Pengukuhan PMR kali kedua dengan dihadiri oleh semua calon PMR dan 3 orang guru. Program yang bertujuan memberikan pengukuhan kepada pelajar secara berfokus pada kali ini menekankan kemahiran pelajar pada soalan-soalan Bahagian A (Tatabahasa & perubahan feel/isim).



            Pelajar telah dibekalkan set soalan dan diberi masa 45 minit untuk menyelesaikan 20 soalan tatabahasa dan 20 soalan perubahan feel/isim. Kemudian, jawapan-jawapan pelajar dibincang dan dibetulkan kesalahan mereka. Semoga program ini memberi imfak besar kepada kejayaan Bahasa Arab pelajar SBPI Selandar.

       Terima kasih kepada guru-guru Bahasa Arab dan para pelajar sekalian....Semoga usaha kita ini membuahkan hasil yang lumayan dalam PMR kelak dan diberkati Allah



Kaedah Belajar Bahasa Arab

tasybih

Koleksi Soalan Trial BA PMR 2010