KEM INTENSIF BAHASA ARAB 2014 BUAT PELAJAR SBPIS

           Panitia Bahasa Arab SBPIS kembali menganjurkan program mega tahunannya iaitu Kem Intensif Bahasa Arab atau lebih dikenali sebagai KEMBAQ. Program ini diadakan dua sesi, di mana sesi pertama melibatkan pelajar menengah rendah seramai 200 orang dan sesi kedua pula disertai oleh pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 kelas Sains Agama.
           Program yang mendapatkan khidmat Konsultan KEMBAQ Maahad Al Ahmadi, Gemencheh, Negeri Sembilan ini telah diadakan pada 7 - 9 Mac 2014 untuk menengah rendah dan 14 - 16 Mac 2014 untuk menengah atas. 
          Kali ini, kemahiran membina ayat majmuk telah diberi penekanan. ia bertujuan membantu para pelajar membina ayat lengkap dan panjang dalam karangan mereka. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak. 
          Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakannya !!!

   

   

  


 


Tiada ulasan:

Kaedah Belajar Bahasa Arab

tasybih

Koleksi Soalan Trial BA PMR 2010