Pada 13 – 14 Mei 2011, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing bagi menjayakan Program Jejak Jaya Bahasa Arab 2011. Seramai 38 orang pelajar dan 2 orang guru dari SMSSI Mersing hadir ke SBPIS bagi tujuan tersebut. Program yang dicadangkan oleh SMSSIM ini mengharapkan dapat menimbulkan “mood” dan suasana belajar pada bila-bila masa serta untuk menanam sifat saling membantu di antara pelajar. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk merapatkan tali silaturrahim di kalangan pelajar Zon Selatan.
Program Jejak Jaya ini memberi ruang pelajar-pelajar SMSSIM menimba ilmu dari guru-guru SBPIS dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran menjawab soalan peperiksaan daripada pelajar-pelajar SBPIS. Pihak Panitia Bahasa Arab SBPIS menyediakan beberapa aktiviti sepanjang program tersebut di antaranya bengkel Kefahaman, Bengkel Karangan, Bengkel Tatabahasa, Muhasabah, Qiyamullail, explorace, ujian dan sebagainya.
Taaruf |
Bengkel Kefahaman |
Bersedia sebelum explorace |
Taklimat untuk explorace |
menyanyikan lagu "Dawwir" |
khusyuk mendengar bengkel Tatabahasa |
Tunduk dan tangisan dalam slot Muhasabah |
ujian post |
Bergambar kenangan sebelum perpisahan |