Program yang berlangsung selama empat jam bersama Ustazah Haryati binti Arshad memberi penekanan kepada beberapa kemahiran dan aktiviti:
- Penggunaan kata ganti nama (الضَّمائر)
- Penggabungan kata nama dan kata ganti nama (الإضافة)
- Penggunaan kata tunjuk (اسم الإشارة)
- menjawab soalan berbentuk "adakah" (هل)
- Perbendaharaan kata melalui lagu Arab
Pelajar Tingkatan 3 seramai 89 orang telah dibekalkan dengan lembaran latih tubi dan nota. Aktiviti semasa program ini berjaya menarik minat pelajar apabila ianya diselangi dengan pelbagai lagu Arab yang dapat menambah perbendaharaan kata para pelajar. Ia diakhiri dengan slot tazkirah dan taujihat sebagai suntikan semangat buat para pelajar.
Semoga Program ini memberi infak besar kepada para pelajar. Jumpa lagi dalam siri program yang akan datang.
1 ulasan:
Assalaam..mintak share lagu utk ngajar bhsa arab.. jzkk
Catat Ulasan