MINGGU BAHASA ARAB 2014

Usbu' al-Lughah al-'Arabiyah atau Minggu Bahasa Arab bukanlah perkara asing di kalangan warga SBPIS. Program yang dijalankan selama seminggu bermula dari 15 April 2014 hingga 18 April 2014. Semua aktiviti yang dirancang diharap dapat menambah kecintaan dan minat murid-murid untuk mempelajari dan menguasai bahasa Arab.  Aktiviti yang mendapat sambutan pelajar ini bukan sahaja melibatkan kelas-kelas yang mengambil bahasa Arab bahkan kelas aliran sains tulen dan sains teknikal.




THARWIJ IMTIYAZ KOLABORASI PANITIA ARAB SBPIS

SBP Integrasi Selandar melebarkan lagi program peningkatan bimbingan SBT dengan mengadakan jaringan kolaborasi melalui program Tharwij Imtiyaz bersama SMKA Tun Perak, Jasin. Panitia Bahasa Arab yang diberi amanah untuk menjayakan program tersebut telah menyediakan modul aktiviti yang berkonsepkan  Skor A dan LDK selama dua jam pada 5 April 2014 bertempat di Balai Merdeka, SBPIS. Modul latih tubi dan perbincangan soalan bercorak kertas 2 bahagian Balaghah untuk silibus tingkatan 4 dan tingkatan 5 dilaksanakan dalam kumpulan yang menggabungkan pelajar-pelajar dari SBPIS dan SMKATP.

Kaedah Belajar Bahasa Arab

tasybih

Koleksi Soalan Trial BA PMR 2010